Thursday, October 1, 2015

Semester 3 terakhir di PIS

Assalamualaikum, hai semua....apa khabar? sihat?
Maaf saya sudah lama tak tulis dlm blog dari sem 1 hingga sekarang sem 3. sebab kebelakangan ini sangat sibuk tak ada masa tulis dlm blog ini.

Sejak sem 1 hingga sem 3 ini, PIS ada banyak cabaran dan dugaan dalam hidup aku.
Aku anggap hidup ini memang mencabar hadapi dengan  masalah dan ujian-Nya.
ada sedih, ada ketawa, ada menangis, ada kongsi masalah, ada luahkan perasaan. ada pendam.

Saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua umat Islam di dunia ini.
Seronok balik kampung kan? jumpa nenek datuk kalian. Best dapat makan daging lembu yg sudah disembelih raya.
Saya nak mengucapkan sekali lagi Selamat Datang Oktober untuk semua.
Semoga azam kalian menjadi lebih baik dalam bulan ini daripada bulan lepas.
maaf ye sebab saya baru ucapkan. :')

Maaf saya tak ada idea hahahahah.....
Haaa ada perkara lagi..(tahun 2015)
Ada Kelab Bahasa Isyarat Malaysia (KBIM) di PIS untuk pelajar yg mahu belajar supaya berkomunikasi dengan insan istimewa iaitu masalah kurang pendengaran.
Lawatan sambil belajar di Kilang Cili Boh Terengganu.
Lawatan akan datang (5/10/2015) di Port Dickson , Negeri Sembilan.
Program sukan (10/10/2015) di PIS.
Majlis Makan Malam (17/10/2015) di Dewan PIS.

Maaf saya tulis mcm2 begini sebab saya rindu tulis blog...heheh
Terima kasih banyak2.

Saturday, August 23, 2014

Pengalaman baru di PIS

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabaraktuh.
Maaf saya dah lama tak buka dan tulis dekat Blogger ini. :) (*sibuk2* tak ada masa lapang)
Saya kongsi cerita tentang pengalaman baru di Politeknik Ibrahim Sultan.
Ada perasaan campur-baur (sedih, gembira, seronok, marah, letih dan lain-lain)
Saya sibuk menyiapkan tugasan sepanjang hari / masa.
Sendiri buat semua ini.
- Basuh baju...
- Gosok baju..
- Sidai baju..
- Menyiapkan tugasan..


Tengok gambar di bawah ini.
Pelajar perempuan - 17 orang.
Pelajar lelaki - 9 orang.
Masing-masing mengambil kursus iaitu grafik pereka, fesyen dan hotel & katering.


Tuesday, June 3, 2014

Bahasa Isyarat :)

Assamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh...

Saya mahu berkongsi bahasa isyarat.... (tengok gambar di bawah ye) ^_^


Sudah? Lepas tu hafal..... Nanti lama2 biasa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan orang masalah pendengaran. ^^

SELAMAT BERJAYA!

Monday, May 26, 2014

Masa Depan

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh.

Saya menceritakan tentang Masa Depan. Saya macam tak percaya masa terlalu cepat berlalu sejak kecil hingga sekarang besar dah.. dah habis sekolah menengah dah.. huhuhuh.. sekarang sambung belajar di politeknik dalam tempoh 2 tahun.. =')

Saya mendapat sambung belajar di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor Bharu. Saya mengambil kos HOTEL & KATERING. Saya tidak sabar-sabar nak ilmu baru. pengalaman baru. DUNIA BARU (dalam tv cerita) heheheh... Saya kena belajar berdikari sendiri =')
Namun,,,sedihnya, dua orang kawan sekolah saya tidak dapat sambung belajar bersama saya..kerana hal keluarga masing-masing. Tak mengapa,, Yang penting..ada kawan baru di sana =')
Saya kena belajar berkomunikasi dengan kawan baru di luar.
Sejujurnya saya tidak pernah berkomunikasi dengan kawan di luar... kecuali wakil sukan di sekolah lain, persembahan tarian, dan lain2.. Berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. =')

Thursday, October 13, 2011

Anuar Zain Ketulusan Hati

HARI GRADUASI 2011-THE LEGEND CAME TO SMKDIY :)

Assalamualaikum semua, pada 15/10/2011... saya bersiap memakai baju kurung baru warna HIJAU... selepas tu,saya pergi makan sarapan sebelum ke sekolah... jam 6.35 pagi, saya bertolak ke sekolah sampai jam 6.45 pagi.... saya menunggu kawan2 datang ke sekolah... betapanya saya gembira jumpa kawan2 yg ku tersayang.... jam 9 pagi saya & kawan2 bersedia pergi persembahan 

HARI GRADUASI 2011-THE LEGEND CAME TO SMKDIY .... 

tapi jantung ku berdenyut2 laju..dan 
kedua2 tangan saya MENGGIGIL  ketika guna bahasa isyarat utk lagu sambil tarian...

tengok gambar2 ini... ^_^









lagu nie KETULUSAN HATI...